Friday, May 29, 2009

Untuk Sayang..

Sayang doakan abg selamat dlm penerbangan ptg nanti. syg kat sini sentiasa mendoakan abg. mungkin abg tak mengerti isi hati syg dan mungkin juga bila abg baca blog ni syg berada di satu tempat yg jauh sekali.. abg.. walau apa pun yang berlaku, syg sentiasa sayang n rindukan abg. syg minta ampun dr abg atas semua kesalahan yg penah syg lakukan terhadap abg.

kalau jodoh kita pjg, hujung tahun ni kita akan disatukan. syg sentiasa menghitung hari menjelang detik-detik bahagia kita tu, dimana syg akan bergelar isteri yang sah tuk abg dan abg pula akan menjadi suami, perlindung, penjaga dan pepimpin sayang dalam melayari hidup-hidup yg masih tersisa ni.


salam sayang tuk abang..
sayang sentiasa rindukan abg dan jgn pernah hati ini sepi kembali.



Miss You Myspace Comments
MyNiceSpace.com




sekiranya ada rindu, masih lagi diriku memerlukan, seperti malam merindukan bulan, dan jangan biarkan hati ini sendiri lagi

Thursday, May 28, 2009

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Wednesday, January 28, 2009

Hujung minggu akan datang..

Assalammualaikum..

dah lama benar kan wani tak tulis blog ni. maklumlah, wani sibuk dengan kerja-kerja opis.. balik uma penat. tak ada masa nak ngadap pc.. cuti hujung minggu pula sibuk dengan hal-hal keluarga wani.

hari isnin lepas, jam 8.31pm insan kesayangan wani, Mr. Ady telah selamat sampai ke johor. Gembiranya hati wani tak terkata.. akhirnya bertemu juga kami setelah sekian lama bercinta melalui internet dan telefon.. tak sangka kan.. cinta kami ni pelik.. huhuhu..

hye.. sebenarnya kami tak sabar nak tunggu hujung minggu ini. hujung minggu ni wani akan ikut ady balik ke kampung ady di kluang.. dari ady kat miri lagi, kami dah rancang macam2 program untuk kami habiskan masa bersama-sama. so, minggu depan maknanya wani tak masuk opis la ye.. wani cuti.. hehe jgn jeles...

so, sekarang ini gah menghitung hari je la nak p kluang.. tk sabar sgt2.. seronoknye!!!!!!

doakan kebahagian kami ye..

Doa Kekasih


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemestaan itu abadi...
Dan ya Allah...ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan kekal abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah Yang Tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan takdirMu...
Pasrahlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku...Kerana Engkau Maha Mengerti...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup....
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin...Ya Rabbal A'lamin.

Monday, January 12, 2009

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.


Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Kejujuran Bukti Cinta Sejati...?????

PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.

Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.

Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.

Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?

Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?

Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.

Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.

Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!


Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:

- Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas
kekasih anda.
- Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
- Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
- Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada
kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
- Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan
dalam hubungan cinta.
- Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur
untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.

Sunday, January 11, 2009

Rindu kat Mr Ady..

Sehari suntuk ari ni aku rasa tk sedap ati. rasa ada kekurangan di dalam idup ini. rasa mcm kehilangan sesuatu yg amat penting dalam idup aku. makin hendak ku buang perasaan ini, makin kuat rasa tu. entahlah. baru sekarang yg aku sedar yg dia amat bermakna n penting sekali dalam idup aku. mana mungkin aku bisa hidup dgn sempurna tanpa dia.. abg.

abg.. syg nk abg tahu yg sekarang ni syg tengah rindu sgt2 kat abg. bl syg layan perasaan ni, syg nangis. tk penah selama ni syg rindukan abg smpai mcm ni sekali. teruk betul rindu syg pada abg kali ni. syg sedih sgt2 bila abg tk ada disisi syg. syg rasa kehilangan. tk lengkap idup syg tanpa abg. tiada senyuman dibibir.. tiada hiruk pikuk ketawa syg dirumah kedengaran.. syg lebih senang mmbaca novel2 cinta.. terperap dalam bilik. hanya tu saja cara yg mampu syg buat utk ubati rasa rindu ini.


abg.. agak2 abg tengah wa pe tu ek? abg ingat ke kat syg kat sini? abg ada dngar tk hati syg menangis memanggil nama abg.. datanglah segera.. memadailah kalu syg dapat dgr 1 msg dr abg berbungi. tu sudah cukup bg sayang.. abg.. dengarlah hati syg berbisik. syg perlukan abg saat2 mcm ni.. hari ni baru sayang sedar yg sayang amat mencintai abg.. pls.. dgarlah kata hati sayang kat sini yg syg amat2 rindukan abg sekarang.. i need u sayangku....

ya Allah.. tolonglah wani. wani minta ampun atas seme yg penah wani buat. wani menyesal. kembalikanlah dia dalam hidup wani. wani ego selama ini. sekarang baru wani sedar betapa wani cintakan dia. Ya Allah, kau yg mempertemukan kami.. maka aku mohon padaMU untuk kali ni, kau satukanlah kami kembali.


Miss You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Pengorbanan.

setiap org yang bercinta semestinya inginkan yang terbaik untuk pasangan mereka. Tak kiralah if benda tu telah menjerut leher masing-masing. Maksud saya, melakukan sesuatu untuk orang yang benar-benar kita cintai walaupun ianya amat melukakan hati kita. Hebatnya kuasa cinta.

Disebalik apa yang kita korbankan kepada orang yang benar-benar kita cinta, pernahkah kita terfikir adakah si dia akan benar-benar bahagia dengan pengorbanan kita itu? Ada kala tanpa kita sedari, pengorbanan kita tidak membahagiakan si dia mahupun diri kita sendiri. Tidak semua pasangan memerlukan pengorbanan or balasan atas kasih sayang yang pernah dicurahkan. Apa yang penting disini ialah keikhlasan dalam mencintai pasangan kita serta menerima kelebihan dan kekurangan di dalam diri masing-masing seadanya.

Monday, January 5, 2009

Assalammualaikum


Syukur Alhamdulilah walaupun tidak secantik blog yang lain, akhirnya kami berjaya menghasilkan Blog Cinta Ady Dan Wani ini. Insyaallah dari masa ke semasa kami akan mengUP-DATEkan blog ini agar sentiasa menarik disamping dapat berkongsi pengalaman hidup kami untuk tatapan semua.

Tujuan kami menghasilkan blog ini adalah untuk mengabdikan kisah cinta antara ADY DAN WANI yang orang kata masih diawal bibit-bibit percintaan ini. Kami berharap agar Blog Cinta Ady dan Wani ini menjadi salah satu bukti cinta kami yang tulus, sejati dan abadi. Selain itu juga, di blog ini akan diselitkan sekali artikel-artikel yang boleh kita menambah pengatahun masing-masing.

Akhir sekali, kami berharap para pengunjung di Blog Cinta Ady Dan Wani ini akan berasa seronok dan dapat merasakan AURA cinta kami apabila melawat blog ini. Semoga Blog Cinta Ady Dan Wani akan menjadi tatapan penyambung zuriat-zuriat kami nanti pada masa yang akan datang dan menjadi simbol cinta antara kami berdua untuk selamanya.


Ikhlas,

ROSDI BIN SENAN & NURSYAZWANI BINTI MOHD GHAZALI.