
Assalammualaikum..
Dalam sekitar seminggu dua ini, Mrs. Ady banyak melayari laman-laman web untuk mendapatkan petua-petua / amalan-amalan mendapatkan zuriat. Berdasarkan pemerhatian Mrs. Ady di blog rakan-rakan dan forum-forum yang berkaitan, terdapat pelbagai masalah mengenai kesukaran mendapatkan zuriat. Ada sesetengah follower / ahli forum yang tidak putus asa untuk mencuba pelbagai petua/amalan/ubata-ubatan untuk mendapatkan zuriat mereka... dan hasilnya mereka mendapat zuriat walaupun menunggu dalam jangka masa yang lama.
Bila Mrs. Ady baca kisah-kisah mereka yang sukar mendapat anak dan gigih berusaha mencuba pelbagai cara untuk memiliki permata hati lambang cinta sejati mereka dan akhirnya berjaya mendapatkannya dalam tempoh lebih setahun dan ada yg mencapai 5/6 tahun, terasa terharu sangat-sangat dengan kekuasa Allah dan betapa Maha Adilnya Allah terhadap makhluk-makhlukNya.
Bagi Mrs. Ady, mana-mana pasangan yg mempunyai masalah kesukaran mendapatkan zuriat disebabkan faktor kesihatan, perlulah berusaha dan tawakal kepada Allah S.W.t kerana bagi Mrs. Ady tiada yang mustahil dalam dunia ini melainkan kekuasaan Allah. Sebagai contohnya, Mrs Ady ada seorang kenalan yang telah berkahwin selama 6 tahun. Permulaannya, kawan Mrs Ady sukar mendapatkan cahaya mata kerana terdapat ketumbuhan di rahimnya. Siapa sangka, dengan usaha gigihnya dan tidak kenal putus asa dalam mengubati penyakitnya, akhirnya khabar berita yang dinanti-nantikan selama ini muncul juga. Dan kini, kandungan kenalan Mrs. Ady sudah pun memasuki 4 bulan.
Cerita yang kedua juga mengenai kenalan Mrs Ady di pejabat juga. Kebetulan, isteri kenalan Mrs. Ady dimasukan wad pada hari yang sama Mrs. Ady keguguran pada tahun lepas.Katil wife kenalan Mrs Ady dibelakang katil Mrs Ady. Kes wife kenalan Mrs Ady ialah bayi dlm kandungannya meninggal ketika kandungan berusia 6 bulan dan . Mrs. Ady dapat tahu, pasangan tersebut telah berkahwin dekat 2 tahun masa 2 dan bayi dalam kandungan tersebut anak sulong mereka. Mrs. Ady dapat dengan tangisan wife kenalan bila dapat tahu bayi dalam kandungannya telah meninggaldunia tanpa mereka sedar. Dari kenalan Mrs Ady, dia cakap bayinya berhenti membesar ketika kandungan berusia 3 bulan lagi. Dan nak tahu tak apa kisah selanjutnya kenalan Mrs. Ady tu.. hehe td Mrs Ady buka facebook.. dan.. akhirnya wife kenalan Mrs Ady telah selamat melahirkan bayi sulong mereka.. yang paling best sekali, mereka dapat ank kembar.. wahh time tu Mrs Ady terasa teruja dengan keagungan dan kekuasaan Allah, betapa Maha AdilNya dia dalam mengaturkan kehidupan makhluk-makhluknya. Mrs. Ady dapat rasakan kebahagiaan mereka bila dapat si kembar yang comel itu..
Dari pengalaman Mrs.Ady membaca dan pengalaman sekeliling Mrs Ady, sebagai seorang islam yang yakin akan agamanya.. tuhannya.. tak patut kita mudah berputus asa dan menyalahkan diri sendiri atau sebagainya bila kita ditimpa masalah sukar mendapatkan zuriat. Bagi Mrs Ady, rezeki mendapatkan zuriat ini kerja Allah, kita hanya mampu berusaha dan terus berusaha dengan keyakinan terhadap Allah S.W.T. Percayalah, setiap yang berlaku pada diri kita ada hikmahnya. Allah S.W.T tidak sesekali akan menyusahkan hamba-hambaNYA yang taat dan setia terhadapNYa. InsyaAllah, berkat kesabaran kita dalam menghadapi dugaan Allah S.W.T yang satu ini,kita akan dapat khabar yang gembira pada suatu hari nanti.. bila???? hanya Allah sahaja yang tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. InsyaAllah.. Amin.
Disini, Mrs Ady ada beberapa amalan/petua untuk mendapatkan zuriat. Tak salah kalau berikhtiar dalam pelbagai cara andai ianya tidak memudaratkan diri dan menyimpang dari agama kita. Sama-samalah kita berusaha dalam mencapai apa yang kita hajati selama ini.
AMALAN PERTAMA
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh
yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
AMALAN KE-2
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan )
sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap
hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian
tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
AMALAN KE-3
1.Ambil segengam kacang hijau.
2.Rendam kacang hijau selama 2 hari ( sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira
pjg ekor itu menjadi 2 kali ganda kepala tauge ). Air rendaman itu hendaklah
sama aras dgn kacang hijau. ( bagi kacang itu tenggelam dalam air)
3.Tutup rendaman itu, (kalau nk mudah gunakan periuk).
4.Bila dah jadi tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada.
5.Rebus tauge itu dengan 2 gelas air dlm 15 minit dgn api sederhana.
6.Bila air rebusan dah tinggal separuh. Tapis dan ambil air rebusan yang tinggal.
7.Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula 1st period sampai waktu subur.
No comments:
Post a Comment